Saturday, 29 June 2013

Hari Bapa.

Assalamualikum,
Yey Hari Bapa kembali lagi.
Pada tarikh keramat 16 June 2013.
Setiap tahun kita akan menyambut Hari Bapa ini untuk memperingati jasa dan pengorbanan mereka,tetapi mungkin ada yang dikalangan kita tidak berkesempatan untuk menyambut hari yang bermakna ini.


Jailany B.Jamaludin.Seorang bapa yang tegas tetapi seorang yang baik dan "happy go lucky".
Semoga babah akan terus mnjadi seorang bapa yang baik 
serta bertanggungjawab terhadap anak-anak.



Ini lah yang anak-anakmu mampu lakukan untuk membuktikan kasih sayang kami.Selain itu,kami juga mendoakan kesejahteraan babah.Amin.

kek bukan sebarang kek.
kek datang dari secret recepi.

bersyukur kami dengan kebahagiaan yang dikecapi.








Alhamdulillah.
Kami mendoakan kesejahteraan dan semangat kekeluargaan ini dapat terus dikekalkan denga izinNya.
#Kamianakanakyangsoleh&solehah#

Wednesday, 19 June 2013

Sambutan Israk Mikraj

Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan untuk terus bernafas sehingga ke hari ini,
bagi entri kali ini saya ingin berkongsi sambutan yang berlangsung di sekolah baru-baru ini.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Esmari dari KV Kuala Lipis.


Ustaz Esmari menyampaikan ceramahnya
 dengan selingan lagu yang popular 
                                               


Ustaz menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat.




Para guru juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama
mendengar ceramah yang disampaikan.

Selain itu,pada hari yang sama juga Ayahanda telah melancarkan tabung prihatin Palestin untuk membantu umat yang memerlukan.Semoga dengan sumbangan ini dapat mengurangkan beban mereka yang disana.Amin.
Kerjasama yang baik diterima oleh semua warga sekolah yang menderma.
"Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima"






Kelas malam kembali!

Assalamualikum,
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di entri saya kali ini.
Entri kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit aktiviti yang berlangsung di sekolah.

KELAS MALAM is back..Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa SMK Orang Kaya Haji akan mengadakan kelas malam pada setiap tahun bagi persediaan para pelajar PMR dan SPM.


Para pelajar mengadakan perbincangan bersama-sama

Harap maaf cikgu saya tangkap gambar curi.=)

cikgu kerja saya dah siap!







We are candidate of SPM 2013!
Im the owner of this blog!


We candidate of SPM 2013!

Sekian sahaja dari saya untuk kali ini.
Semoga  bertemu di entri yang lain.

Sunday, 9 June 2013

Aktiviti bersama TM.



Assalamualaikum,

Hah!Baru-baru ini di SMK Orang Kaya Haji telah diadakan Kursus IT(Social Networking) anjuran Telekom Malaysia(TM) pada 3 hingga 5 Jun 2013.

Kursus ini yang berlangsung dalam cuti sekolah bermula pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.Aktiviti ini telah melibatkan seramai 20 orang pelajar yang terpilih.Kursus ini mendapat bimbingan daripada Cik Syuhada Bt Zulkifli yang dibantu oleh Pn. Nazarina Bt Hamzah.

Kami didedahkan dengan kebaikan,kelebihan,keburukan dan sebagainya tentang Blog ini.Kursus ini membantu lebih ramai golongan muda untuk penulisan dan berhubung secara maya dengan orang lain selain Facebook,Twitter,Myspace dan sebagainya.

Semoga,ilmu yang diberi kepada pelajar dapat digunakan dengan sebaik-baiknya .


Antara gambar pada hari Kursus berlangsung.

Para pelajar bergambar dengan SIFU kami.
Semua pelajar yang menyertai Kursus Hardware.


Sekian Terima Kasih. :)

Friday, 7 June 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.

Assalamualikum,

"SELAMAT HARI GURU"
GURU MALAYSIA:1 Aspirasi 1 Agenda

Tarikh keramat yang amat bermakna untuk semua insan yang bergelar sifu,ustaz,ustazah,master,madam,miss,cikgu,tuan,puan dan sebagainya.
-Anda semua merupakan seorang insan yang lebih dikenali sebagai GURU.
SMKOKH telah menyambut sambutan Hari Guru pada tarikh 16 Mei 2013.
Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti:

1)Pertandingan masakan.

Ayahanda,sedang membuat demostrasi masakan.

2)Pertandingan gubahan.

3)Guru membuat persembahan nyanyian.


nyanyian lagu Guru Malaysia.

4)Nyanyian Guru SMKOKH.



Pelbagai aktiviti lain yang dijalankan seperti sukan neka,persembahan pelajar SMKOKH.

Para guru telah mengadakan pertukaran hadiah melalui cabutan nombor yang telah di sediakan.

~GURU KAU IBARAT LILIN YANG MENERANGI DIRI KAMI~
TERIMA KASIH CIKGU!

Selamat Hari Guru ikhlas dari saya.

Sampai sini sahaja coretan saya untuk kali ini.

Semoga kita berjumpa lagi.

Minggu Peperiksaan!fighting

Assalamualaikum,
Hah,demam peperiksaan telah melanda pelajar menengah atas SMKOKH yang bermula pada 08/05 hingga 23/05.

Peperiksaan pertengahan tahun yang diadakan buat kali kedua untuk tahun 2013.


Para yang sedang menghadapi peperiksaan pada bulan lepas.

SEMOGA BERJAYA!

Candidate SPM 2013:)

Monday, 29 April 2013

CORETAN








  



 
Gambar Dato’ Setia Raja Orang Kaya Haji Wan Daud Bin Wan Pahang


             Dato’ Setia Raja Orang Kaya Haji  Wan Daud bin Wan Pahang merupakan salah seorang wira Pahang yang sangat berjasa. Orang Kaya Haji ini sebenarnya merupakan salah  seorang pahlawan yang penting di Pahang, terutamanya dalam membantu kemenangan Wan Ahmad untuk merebut takhta daripada kekandanya Wan Mutahir dalam Perang Saudara.

             




Orang Kaya Haji ini adalah pembesar di Lipis . Meskipun British menganggapnya sebagai penderhaka, tetapi pada hakikatnya , Orang Kaya Haji tetap pada kaca mata tempatan sebagai seorang nasionalis kerana sikapnya yang berani dan tegas terhadap penjajah. Hal ini dapat diperhatikan apabila British inginkan kawasan tanah kepunyaan Orang Kaya Haji yang kedudukannya amat strategik iaitu dipertemuan muara Sungai Lipis dan Sungai Jelai.

 Keengganan Orang Kaya Haji menyerahkan kawasan tanah yang dikehendaki oleh W.C. Mitchell iaitu Pemangku Penguasa  Ulu Pahang , berakhir dengan pembunuhan Orang Kaya Haji.     Justeru , bagi mengenang jasa beliau, maka nama Orang Kaya Haji telah diabadikan sebagai nama sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji.

 

Pengetua yang pernah berkhimat di SMKOKH


NAMA & TAHUN BERKHIDMAT

En. Abd. Malik b. Ghani (1965-1969)

En. Abd.Wahab b. Ismail (1969)

       Tn. Hj. Shaharuddin B. Latif (1969-1974)

En. Mat Jamil B. Sojo (1974-1981)

En. Tan Eng Chuan (1981)

En. Mat Jamil B. Sojo (1981-1992)

Tn. Hj. Md. Farid B. Yaakop (1992-1993) 

En. Roslani B. Idris (1993-2000)

Tn. Hj. Yusuf B. Ibrahim (2000-2003)

En. Ahmad B. Mohd Yusuf (2003-2004)

En. Roslani B. Idris (2004-2005)

En. Sahbudin B. Harun (2005-2006)

Pn. Hjh. Rosnah Bt. Mohd Tawi (Ogos 2006-Nov 2007) 

Pn. Hjh Rosidah Binti Kamaludin ( Nov 2007-Jan 2013 )

Tn.Hj.Syed Mohammed B. Syed Agil (bermula  15 Jan 2013)

Monday, 15 April 2013

LAGU SEKOLAH

DISINI KITA BERMULA
MENUJU KE ERA JAYA
DENGAN SATU PEGANGAN
JADI INSAN CEMERLANG,


SEKOLAHKU YANG TERCINTA
SMK ORANG KAYA HAJI
PENYULUH ANAK BANGSA
NAMAMU MEKAR DI HATI,

PADA GURU KAMI SEMUA
MENABUR BAKTI SETIA
PENGORBNAN YANG SEIKHLAS HATI
JASAMU TIDAK TERBELI,


KAMI BERIKRAR BERJANJI
AKAN SELALU BERUSAHA
SMK ORANG KAYA HAJI
NAMAM MU KEKAL ABADI.


SEJARAH SEKOLAH KU

   Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji telah dibina sekitar tahun 1960an. Pada masa itu hanya ada sebuah bangunan sahaja. Struktur bangunan itu masih kekal hingga kini. Terdapat bilik guru besarnya yang mempunyai pintu separuh yang berspring.



Bangunan asal SMK Orang Kaya Haji,
sekarang telah dijadikan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Lipis.


        Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Lanjutan iaitu menampung pelajar-pelajar yang lulus darjah enam. Sesiapa yang lulus darjah enam ketika itu dianggap pelajar yang hebat dan pandai. Malahan ada diantara mereka yang berjaya pada awalnya hanya lulus tahap ini. Kemudian menyambung pelajaran dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

        Sekitar tahun 1964, bangunan baru dibina. Ia dikenali sebagai bangunan Khir Johari kerana pada ketika itu Menteri Pelajaran ialah En. Khir Johari. Rupa bentuk bangunan yang dibina ketika itu adalah seragam di seluruh negara.Bangunan ini didirikan dengan menggunakan bahan binaan batu bata dan batu blok simen yang tidak diplaster.



Rupa bentuk Bangunan Khir Johari


        Sukatan Pelajaran pada ketika itu hanya tertumpu kapada mata pelajaran kemahiran tangan seperti membuat bakul, menganyam tikar dan barang kraf yang lain. Pada tahun 1965 mata pelajaran seni perusahaan mula di perkenalkan apabila bangunan baru siap dibina.

       Apabila bangunan siap dibina, ia telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1965, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Kuala Lipis atau singkatannya SEMARAK. Jarak sekolah ini dengan bandar Kuala Lipis ialah 2 kilometer melalui Jalan Lipis – Benta. Sekolah ini menerima pelajar-pelajar aliran Melayu di peringkat menengah.Ketika itu tidak ada langsung sekolah menengah Melayu di kawasan ini.Kebanyakannya pelajar di sekolah ini berasal dari kampung-kampung berjauhan dan sukar ke sekolah seperti mereka yang tinggal di perkampungan tepi sungai ( Sungai Jelai ) dan di pinggiran jalan kereta api dari Kuala Lipis ke Jerantut. Mereka ini diperingkat sekolah rendah daripada SK Kuala Lanar, SK Kuala Kenong, SK Jeram Bungor, SK Kuala Kechau, SK Kerambit, SK Limau Purut, SK Tanjung Yong,SK Jeram Landak dan SK Mela.


Kumpulan Pelajar Perintis
SMK Orang Kaya Haji pada tahun 1965.

        Kemudian sekolah ini juga menerima pelajar yang datang dari Tanjung Gahai, Merapoh, Kuala Medang dan lain-lain kawasan yang menggunakan jalan kereta api dan pengangkutan sungai.Pelajar – pelajar ini ditempatkan di asrama lelaki dan perempuan Selain itu, sekolah ini juga menerima pelajar –pelajar dari SK Wan Ibrahim, SK Penjom dan SK Relong .Apabila satu bahasa pengantar sahaja digunakan di sekolah, sebilangan pelajar dari SRK Clifford mula ditempatkan di sekolah ini pada tahun 1980an.

        Pada tahun 1974, asrama sekolah telah siap dibina. Ianya mempunyai dua buah bangunan untuk menempatkan pelajar lelaki dan perempuan. Pada awal penubuhannya, asrama ini menempatkan pelajar tingkatan empat hingga enam dari Sekolah Menengah Clifford, manakala pelajar tingkatan satu hingga tiga dari sekolah ini sendiri.

 

Lokasi asrama lelaki dan perempuan

        Pada tahun 1980 -1988. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang ( JPNP ) mengarahkan sekolah ini menempatkan pelajar-pelajar tahun satu hingga enam dari SK Kuala Kechau dan SK Kampung Lalang yang diarah tutup oleh Kementerian Pelajaran.Bermula tahun 1989, barulah pelajar-pelajar SMK Orang Kaya Haji ditempatkan diasrama sepenuhnya.

        Pada tahun 1980an, bangunan tambahan telah dibina iaitu Blok E, F , kantin dan gelanggang.Pada tahun 1990, Blok H,I,J,dan K pula dibina bagi menampung keperluan pelajar. Pada tahun 1994, pejabat sekolah yang berada di Blok D berpindah ke Blok I sekarang.Pada tahun 2002, Blok M iaitu bangunan baru empat tingkat dibina.Menjelang tahun 2005, makmal ICT siap dan beroperasi pada tahun 2006.

 

Bangunan Baru yang siap dibina pada tahun 2003.