Monday, 29 April 2013

CORETAN








  



 
Gambar Dato’ Setia Raja Orang Kaya Haji Wan Daud Bin Wan Pahang


             Dato’ Setia Raja Orang Kaya Haji  Wan Daud bin Wan Pahang merupakan salah seorang wira Pahang yang sangat berjasa. Orang Kaya Haji ini sebenarnya merupakan salah  seorang pahlawan yang penting di Pahang, terutamanya dalam membantu kemenangan Wan Ahmad untuk merebut takhta daripada kekandanya Wan Mutahir dalam Perang Saudara.

             




Orang Kaya Haji ini adalah pembesar di Lipis . Meskipun British menganggapnya sebagai penderhaka, tetapi pada hakikatnya , Orang Kaya Haji tetap pada kaca mata tempatan sebagai seorang nasionalis kerana sikapnya yang berani dan tegas terhadap penjajah. Hal ini dapat diperhatikan apabila British inginkan kawasan tanah kepunyaan Orang Kaya Haji yang kedudukannya amat strategik iaitu dipertemuan muara Sungai Lipis dan Sungai Jelai.

 Keengganan Orang Kaya Haji menyerahkan kawasan tanah yang dikehendaki oleh W.C. Mitchell iaitu Pemangku Penguasa  Ulu Pahang , berakhir dengan pembunuhan Orang Kaya Haji.     Justeru , bagi mengenang jasa beliau, maka nama Orang Kaya Haji telah diabadikan sebagai nama sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji.

 

No comments:

Post a Comment